TEKONG DARAT

TEKONG DARAT

Tuesday, November 17, 2009

SEPAK TAKRAW...KE MANA HALATUJU SUKAN MELAYU INI? bhgn 1


Saban hari kita menonton dan memainkan pelbagai jenis sukan. Sampai ke parlimen membahaskan pelbagai permasalahan dalam sukan-sukan ini. Tapi pernahkah kita terfikir akan sukan yang asalnya bermula daripada bangsa teras di negara ini iaitu sepak takraw?. Saya sebagai pemain jati sepak takraw amat sedih melihat keadaan sukan ini bermula daripada pemain, bekas pemain, pelapis, pertandingan, promosi dan pelbagai aspek lain yang pada saya amat ketinggalan. Seolah-olah tiada orang lansung yang berminat terhadap sukan ini sedangkan pemainnya dikalangan melayu khasnya dan bangsa lain amnya amat ramai. Apa tindakan kita?. Saya mengutarakan thread ini sebagai pemain. Anda mungkin pemain, mungkin tidak. Tapi sebagai orang Melayu, anda harus peka dengan sukan ini. Apa pandangan anda?