TEKONG DARAT

TEKONG DARAT

Tuesday, May 24, 2011

APA BENARKAH BERITA INI?

semasa menyertai satu kejohanan sepak takraw baru2 ini, tekong darat telah diberitahu satu berita yg agak mengejutkan...
berita itu diberitahu oleh salah seorang pengadil rasmi kejohanan....
kata beliau, bulan 6 ni akan ada lagi satu perubahan terhadap sepaktakraw...
PERUBAHAN TERSEBUT ADALAH SERVIS KUDA AKAN KEMBALI DIHARAMKAN...

semasa balik ke kelantan baru2 ini juga ada sekumpulan rakan2 pemain sepaktakraw yang baru balik menyertai kejohanan di golok(sempadan thailand-malaysia) memberitahu bahawa pemain2 dari thailand telah tidak dibenarkan untuk menggunakan servis kuda....

jika benarlah berita ini, saya menganggap ini adalah berita baik utk sukan ini...

mohon info dari kawan2 yang lebih tahu...

Tuesday, April 19, 2011

SAMPAH !!

SAYA TAK TAHU APA SEBENARNYA INTIPATI PERBINCANGAN KAT RTM TADI TENTANG PSM...
KISAH ITU SELALU SAKA KELUAR DALAM MANA MANA RANCANGAN SEBELUM NI...
KISAH PEMBANGUNAN KAT SEKOLAH YG SEMENJAK BERPULUH TAHUN DULU LAGI...
TAK TERPIKIR KE KEWUJUDAN SSSBJ DAN SSBP?...NI PROGRAM PEMBANGUNAN SEKOLAH LAA...
BERMACAM SEKOLAH PROJEK SEPAKTAKRAW LAGI YANG KELUAR...
HASILNYA KE MANA?...
SUSAH SANGAT KE NAK LAHIRKAN PEMAIN SEPAKTAKRAW?...

TAK TERPIKIR KE PENGURUSAN TERTINGGI BAHAWA PEMAIN2 DAHULU YG PERNAH BERSARA HANYA MEMERLUKAN 2-3 BULAN UTK KEMBALI BERLATIH SUDAH CUKUP UNTUK MENGALAHKAN PEMAIN2 BARU?...APA YG ADAPADA MEREKA YG TAK ADA PADA PEMAIN BARU?...

PENDEDAHAN BAGI MENGASAH BAKAT ADALAH DENGAN BANYAK KEJOHANAN PERINGKAT KEBANGSAAN...
PUNCA PEMAIN2 YG BAGUS TIDAK MAHU MAIN DGN NEGARA ADALAH KERANA TITLE YG AKAN LEKAT PADA MEREKA...JIKA HANYA DENGAN SEKALI ATAU DUA KALI BERMAIN DGN NEGARA TITLE TU AKAN MELEKAT SAMPAI KE TUA, MAKA SUDAH TENTU AKAN ADAPEMAIN YG BERKIRA-KIRA UTK MAIN DGN NEGARA...

SO,WUJUDKAN SUATU LIGA MACAM GP KEBANGSAAN DULU...
SUKAN SEPAKTAKRAW PERLU DIJADIKAN SUKAN UTK PROFESIONAL...
PEMAIN-PEMAINNYA PERLU SEPENUH MASA HANYA DENGAN SEPAKTAKRAW...
TAK PERLU PIKIR LAGI PASAL KERJA...
MACAM PLAYER BOLASEPAK....

TAK BOLEH?...KENAPA TAK BOLEH?...INI SUKAN MALAYSIA.;..
KALAU TAK BOLEH, JGN LETAK HARAPAN TINGGI...
KERANA KITA MEMANG SEDANG KE BELAKANG...
KITA BUKAN NEGGARA MEMBANGUN LAGI DALAM SUKAN INI...
KITA ADALAH NEGARA MAJU DGN SUKAN INI...
JGN SEMBANG LAGI PASAL PEMBANGUNAN...

Monday, April 11, 2011

SAYA MENENTANG SERVIS KUDA


semasa kemunculan servis kuda, saya menentang penggunaannya...
saya dapati pada masa itu, ramai juga pemain2 sedia ada menentang penggunaanya...
pihak media prima juga pernah mengadakan wawancara dgn presiden PSM (dulu kini dan selamamanya nak jadi presiden) dalam rancangan bual sukan mereka...
jawapan yg diperolehi dari PSM masa tu (kedengaran positif) ialah kalu kita nak memang dengan thailand, kita jgn sekali kali salahkan mereka kerana memiliki servis kuda...tapi kita kena salahkan pemain kita kerana tak dapat tahan servis kuda....
lalu para pemain dikerah berlatih...

kisah yang saya ingin tampilkan disini ialah, presiden kita yang bermesyuarat di thailand, adakah terus bersetuju dgn kebenaran istaf ini?....adakah dia tidak melihat bahawa servis kuda hanya akan membunuh sukan ini diperingkat antarabangsa?...
ye, saya akui, byk negara kini main sepaktakraw...
tp macamana mereka main?...

terus terang saya katakan, bahawa pengharaman servis kuda perlu dibuat...
sebab....
1)servis kuda hanya menunjukkan sepaktakraw sbg sukan yg mementingkan kelajuan...

2)kita tidak melihat sukan lain memulakan perlawanan dgn servis laju....padahal badminton,pingpong tidak mengamalkannya...tenis dan bola tampar pula walau dibenarkan,ialanya dilakukan dihujung gelanggang...

3)hilang kesenian sukan yg hanya dimainkan dengan kelajuan...seolah2 tidak perlukan lansung seorang pakar tektikal...

4)sukan sepaktakraw tidak seronok utk ditonton...saya terus terang...saya memang tak meminati sebuah pasukan dengan servisa kuda...

5)dan percayalah, jika sesuatu sukan itu tidak seronok utk ditonton, media tidak akan minat utk menayangkannya...bayangkan, servis je mati, servis je mati...

6)pertukaran sistem kiraan mata menjadikan sepaktakraw dgn servis kuda semakin cepat dimainkan...

saya juga melihat, penggunaan servis kuda ini jelas adalah angkara thailand yg hanya mahu mendominasi sukan ini...lihat saja apa yg mereka buat dengan lahirnya servis kuda...
1)selepas diumumkan servis kuda dibolehkan, mereka sudah bersedia dgn suebsak...maknanya mereka mempbuat perancangan sulit...

2)selepas itu pertukaran sistem kiraan mata...ini juga memberi kelebihan kepada pihak thailand...mereka dah bertahun sebenarnya berlatih servis ini sebelum ianya dibenarkan...jadi kesilapan servis kurang...bg pihak lain yg baru belajar, servis yg selalu sangkut dijaring akan memberi kelebihan kepada pihak yg dah lama 'well trained'...sistem kiraan 21 ini memang memberi kelebihan kepada thailand...

3)selepas itu, diperkenalkan penggunaan bola kejam GEN2...memang amat menakutkan...

4)kini yang terbaru...sistem servis 3 kali sebelah...ini amat jelas lagi memberi kelebihan jangka panjang kepada thailand...
yang menghairankan saya, pihak yg selalu bermesyuarat di thailand sering membawa malapetaka dari sana ke malaysia...
tiada idea utk memanjukan sukan ini...
SEKIAN

Monday, April 4, 2011

GAME MINGGU NI...

kepada peminat sepaktakrawperak khususnya, minggu ni ada dua game yang saya tahu...
1)kejohanan anjuran umno chemor...
tarikhnya ialah pada 9/4/2011
penyertaan rm50(makan untung giler2 punya)
hadiah johan rm500(je?)
tarikh tutup ialah pada 8/4/2011

2)game kat manjung...
saya tiada info ttg ni....
kepada mereka yg ada kenalan di manjung, harap buleh hubungi utk maklumat lanjut...