TEKONG DARAT

TEKONG DARAT

Saturday, December 26, 2009

PAKCIK, SENJATA UTAMA ADALAH DUIT!!

pemain sepak takraw juga adalah manusia yang perlu untuk meneruskan hidup sebagai manusia....
mereka perlu berkeluarga, menanggung orang tersayang, menguruskan hidup mereka...
adakah tidak boleh malaysia sebagai sebuah negara yg mengasaskan sukan sepaktakraw ini menjadikan pemain2 sepaktakraw sebagai pemain profesional seperti bola sepak?...
pemain sepaktakraw amat ramai, seperti pemain bola sepak...
tapi bezanya hanya mereka yg dikurniakan kebolehan tertentu boleh bermain sepaktakraw ini dengan baik...

saya amat pasti malaysia tidak kekurangan pemain berkebolehan untuk menghadapi thailand...
cuma mereka perlu lebih fikirkan nasib keluarga dan diri sendiri...
mereka perlu hidup...
pemain bola yg 24 jam mengabdikan diri untuk bermain bola pun tidak ke mana keputusannya...
ini pulak mengharapkan pemain sepaktakraw yg hanya 'bermain' pukul 6-7 petang untuk menggalas tugas mewakili malaysia...
latihan pusat hanya boleh diadakan terhadap budak2 yg belum bekerja...
sedangkan mereka yang bekerja tidak dapat ikut serta...
perlu diingat insiden yang menimpa rukman mustafa semasa ingin menyertai latihan untuk ke sukan asia busan di mana beliau tidak mendapat pelepasan majikan...
juga futra abdul ghani yang merudum prestasi kerana mula bekerja sebagai guru...

pemikir-pemikir sukan dan bangsa melayu perlu fikirkan soal ini

ulasan untuk artikel ini

MEROSOT?

1 perak dan 1 gangsa merosot?...
main 12 orang dan dapat hanya 2 pingat tentulah nampak teruk...
bukankah pencapaian ini konsisten?...
sekurang2nya 1 pingat...
bola pulak main 22, dapat 1 jer pingat...

pingat ini cukup penting bila takraw dah masuk sukan olimpik...
lee chong wei pun hanya dapat perak sukan olipik, walaupun rankingnya no 1 dunia...

NGKO TENGOK LAA DULU MACAMANA PEMBANGUNAN SUKAN THAILAND...
SUKAN MALAYSIA YG LAIN DI MALAYSIA PUN AKAN JATUH 4-5 TAHUN LAGI KERANA PENGURUSAN TERUK..DARI MINISTRY SAMPAI KEJURULATIHAN...

komen berkenaan ini

Thursday, December 24, 2009

ADA YG NAK JADI JUARA SEPAK TAKRAW MALAYSIA

memang patut presiden PSM letak jawatan...
tp sangat tak patut peruntukan dikurangkan...
kome orang melayu...
kome orang malaysia...
sukan ni sukan melayu...
sukan ni sukan malaysia...
kalau orang malaysia sendiri nak kondemkan sukan ni, sapa yg nak jaga?
aku gedik bila baca entri ini
ULASAN AKU
jadi apa yg rakyat melayu sendiri buat untuk sukan melayu ini?...
mengagungkan futsal?...bolasepak?..
ngko kena ingat bahawa zolkples embung cakap macam tu sebab bolasepak dapat emas...
cuba bola sepak dapat perak atau gangsa atau tak dapat apa2, nak ke dia sound presiden bola supaya letak jawatan?...
aku bukan peminat ahmad ismail, tapi peminat sepak takraw...

dan kalau blog ini hanya ingin menjadi juara supaya presiden PSM letak jawatan sahaja, rentikan laa...

sukan sepaktakraw memang patut dapat lebih dari sukan lain atas kapasiti ianya sukan asal malaysia...kalau tak suka presiden sekalipun, peruntukan sepatutnya ditambah lagi...presiden buleh blah...dan kalau zolkples tau cara nak martabatkan sukan takraw dgn duit sikit, silakan...

Friday, December 18, 2009

SEPAKTAKRAW...KE MANA HALATUJU SUKAN MELAYU INI...BHGN2


KEJOHANAN SEPAKTAKRAW PIALA DUNIA BARU SAJA MELABUHKAN TIRAINYA GENAP SEMINGGU YG LALU...
DAN SEPERTI BIASA SKRIP LAMA BERKENAAN SKUAD MALAYSIA MASIH TIDAK BERUBAH...
MASIH TEWAS KEPADA THAILAND..MALAH LEBIH TERUK KINI, KEPADA LAOS...LEBIH TERUK INDONESIA SUDAH MULA MENGALAHKAN MALAYSIA..
MEDIA SEPERTI TV DAN MEDIA CETAK TERUS MENJALANKAN KERJA MASING-MASING,IAITU KONDEM KAN SKUAD NEGARA....
DALAM SEBUAH NEGARA YG BERKERAJAANKAN MEREKA YG MELAUNG-LAUNGKAN HIDUP MELAYU, SUKAN ASAS YG MULA DIMAINKAN PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA INI, HIDUPNYA SEPERTI SUDAH SEGAN, MATINYA SEAKAN TIDAK MAU...
PADA PANDANGAN SAYA, TIADA LANSUNG USAHA UNTUK MEMARTABATKAN SUKAN INI SEBAGAI KEBANGGAAN NEGARA MALAYSIA...
TIADA MENTERI, APATAH LAGI SYARIKAT2 GERGASI YG BERMINAT UNTUK MELETAKKAN SUKAN INI SELARI DENGAN APA YG MEREKA PERJUANGKAN....
KESANGGUPAN MEREKA BERKORBAN UNTUK SUKAN INI TIDAK SEPERTI BOLASEPAK YG DIBAWA OLEH PENJAJAH BRITISH...
TIADA ORANG YG INGIN BEREBUT JAWATAN PRESIDEN PERSATUAN INI...
TIADA LANSUNG IDEA UNTUK MENJADIKAN PEMAIN PEMAIN SUKAN INI SEBAGAI PEMAIN PROFESIONAL...
APABILA TIADA PEMAIN YG BERKELAYAKAN UNTUK MEWAKILI NEGARA, PADAH YG MENUNGGU ADALAH KEKALAHAN...
SEDANGKAN KEKALAHAN TERSEBUT ADALAH KEKALAHAN MELAYU KESELURUHANNYA...
PEMAIN2 SEPAKTAKRAW YANG MEWAKILI NEGERI DAN NEGARA TERPAKSA MEMIKIRKAN ANTARA PERIUK NASI DAN NEGARA....MEREKA TERPAKSA MEMBUAT PILIHAN INI WALAUPUN HATI SAYANG TERHADAP NEGARA....
PENDAPATAN YG MEREKA PEROLEHI LANSUNG TIDAK BERBALOI SEKIRANYA MEREKA MEMILIH UNTUK MENYARUNG JERSI NEGERI ATAU NEGARA...
PERBEZAAN PENDAPATAN DAN IMBUHAN BERBANDING SUKAN LAIN AMAT KETARA....
PENDAPATAN SEORANG PEMAIN SIMPANAN BOLA SEPAK CUKUP UNTUK MEREKA BERNIAGA SELEPAS BERSARA...LIHAT SAHAJA NORMANIZAM, TERPAKSA MEMILIH UNTUK BERHENTI MEWAKILI NEGARA KERANA TIADA IMBUHAN WAJAR DARI PERSATUAN, NEGARA, NEGERI DAN PERSATUAN MELAYU SENDIRI....
PERGILAH TANYA KEPADA SARAVANAN, AHMAD EZAT, PUTRA GHANI, ZULKARNAIN ARIF APA SEBAB MEREKA BERHENTI MEWAKILI NEGARA...DAN APA HABUAN MERAKA DAPAT SEMASA DAN SELEPAS MEREKA MEWAKILI NEGARA...
SEPATUTNYA MALAYSIA SEBAGAI NEGARA PENGASAS SUKAN INI MELAKUKAN SEBAIK MUNGKIN DALAM MEMELIHARA SUKAN INI...
JGN HANYA DOK BERKOKOK DAN MENYALAK BAHAWA KAMILAH PEMBELA MELAYU...
SEDANGKAN HAL KECIK SEPERTI SUKAN INI PUN TIDAK DAPAT DIJAGA, USAHLAH MELAUNGKAN BAHAWA KAMI NAK JADIKAN MELAYU SEBAGAI JUTAWAN...
SENARIO HARI INI IALAH, LEBIH BAIK MAIN SUKAN TEMBAK CAT(PAINTBALL) DARI MAIN SEPAKTAKRAW...
BUKALAH MATA!!

TINGKATKAN PROMOSI SEPAKTAKRAW

salam...
sempena tahun baru yang bakal menjelma, diharap ada sinar baru untuk sukan sepaktakraw, selaku sukan asal malaysia...berbangga lah dengan sukan kita...
bangga sama seperti kita mengasaskan silat olahraga...ianya akan dibawa ke olimpik...
usahakan promosinya...media melayu terutama akhbar tempatan, jadikan sukan ini sebagai salah satu kolum wajib dalam laporan sukan sama seperti bolasepak luar dan dalam negara...jadikan pemain-pemainnya hebat atau nampak hebat...

dari aspek kerajaan, beri peruntukan selayaknya kepada sukan ini sama seperti bola sepak...perlu bagi pemain sukan ini yang mewakili negeri khususnya mempunyai karier profesional...jika jika peruntukan banyak dari KBS untuk bola sepak, maka sukan ini pun begitu juga...malah sepatutnya lebih lagi...

kalau hang tuah diambil kata-katanya untuk perjuangan politik, maka sukan ini asalnya dari hang tuah...

Wednesday, December 16, 2009

BOLA SEPAK DAPAT RM40-60 JUTA...SEPAK TAKRAW DAPAT APA?

jelas bahawa orang melayu sebenarnya bukan sayang bangsanya...
mulutnya berkata sayang, tapi tidak perbuatan...
hari ini KBS meluluskan dana pembangunan untuk bola sepak, sukan yang dibawa oleh mat saleh/penjajah ke TANAH MELAYU...

sepaktakraw dan para pemainnya hanya mendapat cipap thailand...
tahniah presiden dan pengurusan PSM

Monday, December 14, 2009

SUKAN SEA : PSM TAK PERLU BAGI ALASAN

kekalahan demi kekalahan mengundang pelbagai alasan dari pihak PSM dan jurulatih...
dari dulu sampai sekarang, jika berlaku kekalahan, alasan pertama yang diberikan ialah pemain kurang bersedia....selepas itu pemain kurang pengalaman...selepas itu ketahanan mental lemah...

pemain yang dikutip dari segenap ceruk negara, menjuarai pelbagai kejohanan tempatan, digeruni pemain tempatan, boleh PSM kata tiada pengalaman...tapi bila ada pemain berpengalaman ingin kembali berbakti , PSM dgn sombongnya menolak mereka...
adakah dengan mengambil pemain -pemain baru bermakna PSM ingat mereka boleh beri alasan pemain kurang pengalaman?...senang sangat laa jadi jurulatih dan pengurusan PSM...

atau tujuan mengambil pemain baru sebenarnya bagi membolehkan pengurusan PSM makan dulu duit peruntukan?...maklum laa, orang baru tak tau tentang duit...pembaca buleh bertanya tentang duit ini kepasa bekas-bekas pemain negara dan mana-mana negeri di malaysia...pihak pengurusan PSM dan persatuan negeri tak pernah ada masalah gaji tak berbayar...yang ada ialah elaun pemain lambat dibayar...

berbalik kepada sukan SEA...saya berharap selepas ini PSM tak perlu lagi masuk sukan SEA...lebih baik peruntukan kerajaan itu diguna untuk anjur kejohanan tempatan yang semakin layu bersama melayu....

Tuesday, November 17, 2009

SEPAK TAKRAW...KE MANA HALATUJU SUKAN MELAYU INI? bhgn 1


Saban hari kita menonton dan memainkan pelbagai jenis sukan. Sampai ke parlimen membahaskan pelbagai permasalahan dalam sukan-sukan ini. Tapi pernahkah kita terfikir akan sukan yang asalnya bermula daripada bangsa teras di negara ini iaitu sepak takraw?. Saya sebagai pemain jati sepak takraw amat sedih melihat keadaan sukan ini bermula daripada pemain, bekas pemain, pelapis, pertandingan, promosi dan pelbagai aspek lain yang pada saya amat ketinggalan. Seolah-olah tiada orang lansung yang berminat terhadap sukan ini sedangkan pemainnya dikalangan melayu khasnya dan bangsa lain amnya amat ramai. Apa tindakan kita?. Saya mengutarakan thread ini sebagai pemain. Anda mungkin pemain, mungkin tidak. Tapi sebagai orang Melayu, anda harus peka dengan sukan ini. Apa pandangan anda?