TEKONG DARAT

TEKONG DARAT

Friday, November 19, 2010

MEMANG TIADA HARAPAN

SEBAGAI SEORANG PEMAIN, SAYA HANYA BOLEH MEMBERI HARAPAN 70/30 KEPADA SKUAD SEPAKTAKRAW MALAYSIA...
HANYA KEAJAIBAN YG BOLEH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA NEGARA....
SAYA TIDAK SALAHKAN MEREKA....
TAPI TINDAKAN BADAN SUKAN KITA SELALU TERKEBELAKANG....

Tuesday, July 13, 2010

LARI TAJUK..KAHKAHKAHKAH..LAWAK WAKTU BERMIMPI..KAHKAHKAHKAH!!

SELAGI PUAK2 NI DOK JAGA MALAYSIA, JGN HARAP LAA SUKAN NAK MAJU...
APA PUN MAKIN MUNDUR...BUKAN SUKAN JE...UNIV MALAYA PUN MAKIN BERTAMBAH NOMBOR RANKINGNYA...RENTIKAN LAA WEI!!...BAWAK DULU MALAYSIA KE RANKING BAWAH DARI 100...
BARU LAA SEMBANG LAIN...

13 Julai, 2010 19:36 PM

Malaysia, Indonesia Sedia Jadi Tuan Rumah Bersama Piala Dunia

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia bersedia menawarkan diri menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil dan kedua-dua negara berkenaan akan berusaha ke arah itu.

Sambil mengalu-alukan idea tersebut, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan menerusi sebuah meja khusus, yang akan ditubuhkan, masing-masing di kementeriannya dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia.

"Idea (tuan rumah bersama) ini patut dikembangkan dan disemai bagi penganjuran kejohanan-kejohanan besar pada satu masa nanti kerana dalam konteks jarak perjalanan bukan lagi satu isu yang besar.

"Tidak mustahil diadakan bukan sahaja Piala Dunia tetapi apa-apa (kejohanan) yang sesuai dan boleh difikirkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr Ardi Malaranggeng di sini.

Dr Ardi berada di negara ini, sempena program titian muhibah yang berlangsung selama dua hari, bermula Selasa.

Sebelum ini, hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, gagal setelah pencalonannya ditolak oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA.

FIFA, akan mengumumkan negara yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 pada 10 Dis ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery, bagaimanapun berkata persoalan sekarang ialah bagi membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang boleh memberikan saingan di peringkat antarabangsa.

"Bagaimana untuk membangunkan bola sepak supaya kedua-dua negara (Malaysia dan Indonesia) dan pasukan Asia Tenggara dilihat sebagai negara yang dihormati daripada segi kekuatan.

"Sekarang orang melihat negara-negara Eropah dan Amerika Latin. Kalau Asia pun (mereka lihat pasukan) dari Timur Tengah, Korea Selatan atau Jepun sahaja," katanya.

Justeru, Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan ke arah membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap, beliau mencadangkan agar liga bola sepak di Malaysia dan Indonesia diperluaskan dengan membabitkan penyertaan dari kelab-kelab di kedua-dua negara berkenaan.

Sementara itu, Dr Ardi berkata cadangan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia itu merupakan satu idea yang menarik, namun pasukan-pasukan dari Asia Tenggara perlu mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain.

"Bagi pasukan Indonesia, kita perlu bekerja keras untuk lolos (layak) ke Piala Dunia 2014 di Brazil dan seterusnya Piala Dunia akan datang.

"Selepas kita berjaya meloloskan (melayakkan) diri ke Piala Dunia, kita akan lihat selepas itu (untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia)," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata meja khusus yang akan ditubuhkan kelak, akan turut membincangkan pelbagai isu dan masalah serta program-program melibatkan belia dan sukan antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya dalam perbincangan dengan Dr Ardi, beliau juga memberikan komitmen bahawa Malaysia akan menyokong dan mempromosikan Sukan SEA 2011 di Indonesia supaya menjadi temasya yang terbaik.

-- BERNAMA

Saturday, July 10, 2010

LARI TAJUK LAGI

TEMPAT KE 3 PIALA DUNIA...
ANALISIS SAYA IALAH URUGUAY AKAN MENEWASKAN JERMAN...
KITA LIHAT KEPUTUSANNYA ESOK...

Sunday, July 4, 2010

KALENDAR JULAI

11/7/2010
KEJOHANAN TERTUTUP SG SIPUT.
LOKASI IALAH DI DEWAN KOMUNITI SG SIPUT.

11/7/2010
KEJOHANAN TERTUTUP PERAK.
SYARAT IALAH SEORANG PEMAIN SUKMA.
LOKASI IALAH DI TAMAN SEMARAK, TAIPING

25 DAN 26/7/2010
KEJOHAHAN TERBUKA PERAK.
SYARAT IALAH 1 STATE.
LOKASI BELUM DIKETAHUI.

7 DAN 8/8/2010
KEJOHANAN TERTUTUP PERAK PIALA MB .
LOKASI IALAH KOMPLEKS SUKAN IPOH.
SYARAT IALAH 1 STATE.

BERAMAI2 MEMERIAHKAN SUKAN KITA...
BIAR KALAH BOLA TAKPE...
JGN KALAH SEPAK TAKRAW....
MENUTUP AURAT SEMASA BERSUKAN ADALAH WAJIB

Friday, June 25, 2010

KEJOHANAN TERBUKA

SATU KEJOHANAN SEPAKTAKRAW AKAN DIADAKAN PADA 11 JULAI INI DI TAMAN SEMARAK, TAIPING...PERAK..
SYARAT IALAH 1 SUKMA...
KEPADA YG BERMINAT SILA LAA HADIR UTK MEMBERI SOKONGAN PERMAINAN KITA...
PERMAINAN MALAYSIA...

Friday, June 11, 2010

KEJOHANAN 1 STATE

kepada kaki open, terutama dari perak, kejohanan sepaktakraw 1 state akan diadakan pada hari ahad ini bersamaan 13/6/2010...
namun, peringatan awal, hadiahnnya tidak seberapa...

tempat kejohanan ialah di kampung ulu kuang, chemor...
main open court...
maklumat lanjut sila kontek 0125497239(bahar)

LARI TAJUK SKET

SALAM...
TENTANG PIALA DUNIA...
DAN MENJADI KEBIASAAN AKU HANYA MINAT NAK JADI PENGANALISIS...
AKU MINAT BOLA...
TAPI TAK MINAT NAK SOKONG MANA2 KELAB, ATAU NEGARA ATAU NEGERI...
KERANA, KALAU MENANG PUN PENOYKONG JADI ABU...KALAH DAH PASTI LAGI HITAM JADI ARANG..
APAPUN, PELUANG PASUKAN BERTANDING ADALAH SAMA RATA...
NAMUN, AKU RASA TUAN RUMAH SUKAR UNTUK LAYAK KE SUKU AKHIR...

Thursday, June 3, 2010

KEJOHANAN TERBUKA

SALAM BAHAGIA...
TAIPING AKAN MENGADAKAN KEJOHANAN TERBUKA PERAK PADA BULAN DEPAN...
MASIH BELUM DIPASTIKAN BILA TARIKHNYA...
KEPADA PEMBACA, HARAP TINJAU BLOG INI DARI MASA KE SEMASA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT...











Sunday, April 4, 2010

INILAH MASANYA PSM

SAYA MENGGESA PSM SUPAYA ANJURKAN SEBANYAK MUNGKIN KEJOHANAN KENANGSAAN SEPAKTAKRAW..
SEKARANG SUDAH ADA PENYIAR DI ASTRO...
SAYA TAK TAU APA MASALAHNYA...TAPI KORANG BINCANG LAA TENTANG PENYIARAN...
ADAKAN GAME KEBANGSAAN SEBANYAK MUNGKIN...

ADAKAN KEMBALI GP KEBANGSAAN...
USAHA JADIKAN SEPAKTAKRAW SEBAGAI SUKAN UNTUK PROFESIONAL...
TAKDELAA BILA TERCABUT LUTUT SEBAB MAIN TAKRAW, TERPAKSA JUAL AIR TEBU UNTUK SARA ANAK BINI...

MEREKA YANG BERKENAAN SILA LAA AMBIK PORT...
SIAN KAT PLAYER SEPAKTAKRAW...
MEREKA LEBIH MELAYU DARI YANG LAIN...

Wednesday, March 31, 2010

SI KITUL?...WAK LU!!

HEBOH DALAM PSM MENJELANG PEMILIHAN YANG TAK SEPERTINYA TU...
PRESIDEN SEDIA ADA INGINKAN MANDAT YANG LEBIH LAGI...
MAKA DIHEBAHKAN SEKALIAN ALAM BAHAWA ADA SI KITUL INGIN MENJATUHKAN BELIAU...

ENTAH DARI MANA DIA DAPAT BERITA INI, HANYA DIA SEORANG YANG TAHU...
MUNGKIN TEKONG DARAT LAA SI KITUL ITU...
YA, SI KITUL YANG NAK LIHAT SEPAKTAKRAW KEMBALI KE LANDASAN YANG BETUL...
ADA GRAND PRIX SEPRTI DAHULU...
MALAYSIA MEMPUNYAI PASUKAN YANG KUAT...

PRESIDEN SEDIA ADA, TAK USAH JADIKAN PSM SEPERTI TEMPAT KAMU MAIN POLITIK...
BENDA YANG TAKDE, DIADAKAN UNTUK MERAIH SIMPATI...

SI KITUL INI NAK CABAR NGKO, JADIKAN SEPAKTAKRAW SEBAGAI PERMAINAN UNTUK PROFESIONAL...
PSM DAH HAMPIR MENUJU 50 TAHUN PADA TAHUN INI...
TETAPI PEMAIN2 KAMU YANG BERGELAR STATE PUN PAYAH NAK CARI MAKAN, APA JADAHNYA?!!!

JANGAN CAKAP BANYAK, AKU CABAR NGKO

Monday, January 18, 2010

ROMBAK

yaa...
seperti biasa, coach yang salah...
kaedah memilih pemain salah, modal sikit...
akhirnya dapat budak-budak yang baru habis sekolah untuk wakili malaysia...
pastu kalah, salah coach...
sebelum ni pun iskandar dah pegang...
pastu ambik harris, tukar balik iskandar...

MANA KEJOHANAN GP?...
TAKKAN PSM NAK PILIH WAKIL MALAYSIA HANYA DARI KEJOHANAN TERBUKA?...
APAJADI SEKIRANYA SKRIP KEJOHANAN TERBUKA BERLAKU LAGI IAITU AHMAD IZAT ATAU SARAVANAN PUNYA TEAM JADI JOHAN?...
GP PERLU DIADAKAN SEMUALA...
TERIMA SAJA SPONSOR ROKOK...
PERGI MAMPUSLAA...
JANJI DUIT ADA...
TAK BOLEH JUGAK, PAKSA KERAJAAN SPONSOR UNTUK GP...
INI SUKAN MALAYSIA...
SETIAP MINGGU MESTI ADA GP...
BARU PEMAIN CUKUP CERGAS....
JADIKAN MEREKA PEMAIN PROFESIONAL!!

Thursday, January 7, 2010

CADANGAN GILA DARI PUAK KAKI BANGKU

apakah alasan yang nak sangat gi hantar latihan bola di luar negara?...
nak bagi mati ker stadium yang berlambak kat malaysia ni?...
takkan FAM tak nak bagi peluang kepada pemain lain meningkatkan diri dan seterusnya mewakili negara?...
melalui liga tempatan laa bakat mereka sepatutnya dinilai oleh coach malaysia...
tak pernah dibuat orang, nak bagi kuat skuad kebangsaan, pastu liga tempatan jadi 2nd class player...
woii, pemain yang bagus dari england pun tak semua dapat wakili england...
mereka sentiasa berkutar ganti...
tak pernah mereka gi belajar kat brazil...
corak permainan ditentukan oleh coach...
nak main bertahan ker, menyerang ker...tapi pemain perlu dipastikan cukup cergas untuk melaksanakan arahan jurulatih...disitu kata kuncinya...