TEKONG DARAT

TEKONG DARAT

Monday, April 11, 2011

SAYA MENENTANG SERVIS KUDA


semasa kemunculan servis kuda, saya menentang penggunaannya...
saya dapati pada masa itu, ramai juga pemain2 sedia ada menentang penggunaanya...
pihak media prima juga pernah mengadakan wawancara dgn presiden PSM (dulu kini dan selamamanya nak jadi presiden) dalam rancangan bual sukan mereka...
jawapan yg diperolehi dari PSM masa tu (kedengaran positif) ialah kalu kita nak memang dengan thailand, kita jgn sekali kali salahkan mereka kerana memiliki servis kuda...tapi kita kena salahkan pemain kita kerana tak dapat tahan servis kuda....
lalu para pemain dikerah berlatih...

kisah yang saya ingin tampilkan disini ialah, presiden kita yang bermesyuarat di thailand, adakah terus bersetuju dgn kebenaran istaf ini?....adakah dia tidak melihat bahawa servis kuda hanya akan membunuh sukan ini diperingkat antarabangsa?...
ye, saya akui, byk negara kini main sepaktakraw...
tp macamana mereka main?...

terus terang saya katakan, bahawa pengharaman servis kuda perlu dibuat...
sebab....
1)servis kuda hanya menunjukkan sepaktakraw sbg sukan yg mementingkan kelajuan...

2)kita tidak melihat sukan lain memulakan perlawanan dgn servis laju....padahal badminton,pingpong tidak mengamalkannya...tenis dan bola tampar pula walau dibenarkan,ialanya dilakukan dihujung gelanggang...

3)hilang kesenian sukan yg hanya dimainkan dengan kelajuan...seolah2 tidak perlukan lansung seorang pakar tektikal...

4)sukan sepaktakraw tidak seronok utk ditonton...saya terus terang...saya memang tak meminati sebuah pasukan dengan servisa kuda...

5)dan percayalah, jika sesuatu sukan itu tidak seronok utk ditonton, media tidak akan minat utk menayangkannya...bayangkan, servis je mati, servis je mati...

6)pertukaran sistem kiraan mata menjadikan sepaktakraw dgn servis kuda semakin cepat dimainkan...

saya juga melihat, penggunaan servis kuda ini jelas adalah angkara thailand yg hanya mahu mendominasi sukan ini...lihat saja apa yg mereka buat dengan lahirnya servis kuda...
1)selepas diumumkan servis kuda dibolehkan, mereka sudah bersedia dgn suebsak...maknanya mereka mempbuat perancangan sulit...

2)selepas itu pertukaran sistem kiraan mata...ini juga memberi kelebihan kepada pihak thailand...mereka dah bertahun sebenarnya berlatih servis ini sebelum ianya dibenarkan...jadi kesilapan servis kurang...bg pihak lain yg baru belajar, servis yg selalu sangkut dijaring akan memberi kelebihan kepada pihak yg dah lama 'well trained'...sistem kiraan 21 ini memang memberi kelebihan kepada thailand...

3)selepas itu, diperkenalkan penggunaan bola kejam GEN2...memang amat menakutkan...

4)kini yang terbaru...sistem servis 3 kali sebelah...ini amat jelas lagi memberi kelebihan jangka panjang kepada thailand...
yang menghairankan saya, pihak yg selalu bermesyuarat di thailand sering membawa malapetaka dari sana ke malaysia...
tiada idea utk memanjukan sukan ini...
SEKIAN

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. apa yang dikatakan sememangnya betul.servis yang dilakukan oleh pemain thailand begitu laju dan susah untuk diambil.kini thailand sudah pandai mencari ruang celah-celah atau kelemahan-kelemahan daripada pemain malaysia.apa yang dikatakan kini pemain thailand mempuyai begitu banyak strategy yang begitu bagus daripada pemain malaysia.kini pemain malaysia haruslah berhati-hati kepada pemain thailand.kerana thailand mempuyai pelbagai strategy untuk inginkan kemenangan.oleh itu pemain malaysia haruslah selalu mengadakan latihan agar dapat memperbaiki balik kelemahan mereka..SEKIAN

    ReplyDelete
  3. Kita tidk boleh menyalahkan pnggunaan servis kuda semata-mata.. Ini kerana kekalahan kita kepada thailand baru-baru ini bukannya disebabkan servis kuda tetapi datangnya daripada kesilapan pemain kita sendiri... Cuba anda buka dan tengok perlawanan piala dunia istaf baru-baru ini, pemain kita masih lagi tidak dapat mengatasi permainan psikology pemain thailand. Kalau kita lihat dari segi servis dan rejaman pemain kita, sudah setaraf dengan pemain thailand... Cuma disebabkan beberapa kesilapan yang dilakukan pemain kita menyebabkan kita kalah pada mereka. Jadi, jurulatih kita perlulah memperbaiki kesilapan2 yang dilakukan pemain kita... Majulah sukan sepak takraw untuk negara.. SEKIAN

    ReplyDelete