TEKONG DARAT

TEKONG DARAT

Monday, December 14, 2009

SUKAN SEA : PSM TAK PERLU BAGI ALASAN

kekalahan demi kekalahan mengundang pelbagai alasan dari pihak PSM dan jurulatih...
dari dulu sampai sekarang, jika berlaku kekalahan, alasan pertama yang diberikan ialah pemain kurang bersedia....selepas itu pemain kurang pengalaman...selepas itu ketahanan mental lemah...

pemain yang dikutip dari segenap ceruk negara, menjuarai pelbagai kejohanan tempatan, digeruni pemain tempatan, boleh PSM kata tiada pengalaman...tapi bila ada pemain berpengalaman ingin kembali berbakti , PSM dgn sombongnya menolak mereka...
adakah dengan mengambil pemain -pemain baru bermakna PSM ingat mereka boleh beri alasan pemain kurang pengalaman?...senang sangat laa jadi jurulatih dan pengurusan PSM...

atau tujuan mengambil pemain baru sebenarnya bagi membolehkan pengurusan PSM makan dulu duit peruntukan?...maklum laa, orang baru tak tau tentang duit...pembaca buleh bertanya tentang duit ini kepasa bekas-bekas pemain negara dan mana-mana negeri di malaysia...pihak pengurusan PSM dan persatuan negeri tak pernah ada masalah gaji tak berbayar...yang ada ialah elaun pemain lambat dibayar...

berbalik kepada sukan SEA...saya berharap selepas ini PSM tak perlu lagi masuk sukan SEA...lebih baik peruntukan kerajaan itu diguna untuk anjur kejohanan tempatan yang semakin layu bersama melayu....

1 comment: