TEKONG DARAT

TEKONG DARAT

Saturday, December 26, 2009

PAKCIK, SENJATA UTAMA ADALAH DUIT!!

pemain sepak takraw juga adalah manusia yang perlu untuk meneruskan hidup sebagai manusia....
mereka perlu berkeluarga, menanggung orang tersayang, menguruskan hidup mereka...
adakah tidak boleh malaysia sebagai sebuah negara yg mengasaskan sukan sepaktakraw ini menjadikan pemain2 sepaktakraw sebagai pemain profesional seperti bola sepak?...
pemain sepaktakraw amat ramai, seperti pemain bola sepak...
tapi bezanya hanya mereka yg dikurniakan kebolehan tertentu boleh bermain sepaktakraw ini dengan baik...

saya amat pasti malaysia tidak kekurangan pemain berkebolehan untuk menghadapi thailand...
cuma mereka perlu lebih fikirkan nasib keluarga dan diri sendiri...
mereka perlu hidup...
pemain bola yg 24 jam mengabdikan diri untuk bermain bola pun tidak ke mana keputusannya...
ini pulak mengharapkan pemain sepaktakraw yg hanya 'bermain' pukul 6-7 petang untuk menggalas tugas mewakili malaysia...
latihan pusat hanya boleh diadakan terhadap budak2 yg belum bekerja...
sedangkan mereka yang bekerja tidak dapat ikut serta...
perlu diingat insiden yang menimpa rukman mustafa semasa ingin menyertai latihan untuk ke sukan asia busan di mana beliau tidak mendapat pelepasan majikan...
juga futra abdul ghani yang merudum prestasi kerana mula bekerja sebagai guru...

pemikir-pemikir sukan dan bangsa melayu perlu fikirkan soal ini

ulasan untuk artikel ini

No comments:

Post a Comment